|
Written by Administrator
|
|
Monday, 03 July 2006 |
|
Pada masa ini PERTIWI mempunyai 2 buah tadika iaitu:
Taman Rekreasi Kanak-Kanak PERTIWI
Lokasi :
No.10A, Jalan SS 5C/4,
Kelana Jaya , 47301 Petaling Jaya,
SELANGOR DARUL EHSAN.
No. Telefon : 03-4636099
Guru Besar : 1 orang
Bilangan Kanak-Kanak : 68 orang
Bilangan Kelas : 5 buah kelas
Bilangan Guru : 6 orang
Pencuci : 1 orang
Kegiatan- kegiatan tadika sehingga 31 Mei 2000 adalah seperti berikut:
5 Mei 1999 : Lawatan ke Balai Bomba & Penyelamat Shah Alam. Seramai 70 orang kanak- kanak dan 7 orang guru turut serta.
Julai : Sesi Bergambar.
Ogos : Cermah untuk ibu bapa disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Noor bin Abdullah dan Puan Fatimah Md. Yassin.
September : Perkhidmatan Pergigian.
14 Nov 1999 : Majlis Penyampaian Sijil dan Konsert Tadika PERTIWI.
18 Nov 1999 : Jamuan Perpisahan Kanak-Kanak.
17 Feb 2000 : Lawatan YB Dato' Shahrizat bt. Abdul Jalil, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
26 Mac 2000 : Perjumpaan Hari Raya bersama ibu bapa.
10 Mei 2000 : Lawatan ke Pustakan Peringatan Kuala Lumpur.
Tadika PERTIWI Kampung Kuantan
Lokasi :
Balairaya Pekan Kampung Kuantan,
Batang Berjuntai,
Kuala Selangor,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Bilangan guru : 2 orang
Bilangan kanak-kanak : 31 orang
Bilangan kelas : 1 buah kelas
Tadika ini merupakan satu projek kebajikan PERTIWI bagi membantu masyarakat setempat. Oleh sebab itu ia tidak berorientasikan keuntungan, maka sebahagian besar daripada perbelanjaan tadika ini (termasuk gaji 2 orang guru ) dibiayai oleh PERTIWI. Antara aktiviti-aktiviti sepanjang sesi 1999/2000 ialah seperti berikut:
Mei 1999 : Gotong-royong membersihkan tadika.
Jun 1999 : Ceramah Kebajikan Kanak-Kanak.
September 1999 : Ceramah dan demonstrasi menggosok gigi.
Oktober 1999 : Membawa kanak-kanak ke klinik Kesihatan untuk pemeriksaan kesihatan. Menyertai pertandingan mewarna di Pusat Pelancongan Kg. Kuantan anjuran KEMAS. Membawa kanak-kanak menyaksikan pertunjukkan payung terjun di Sekolah Sultan Abdul Aziz Shah, Kuala Selangor.
22 Nov 1999 : Majlis Penyampaian Sijil dan Sukan Tadika.
Januari 2000 : Pendaftaran kanak-kanak baru bagi tahun 2000.
Febuari 2000 : Ceramah dan demonstrasi menggosok gigi.
Mac 2000 : Ceramah agama bersama ibu bapa.
|
|
Last Updated ( Thursday, 10 June 2010 )
|